Halaman

22 Disember 2013

Penciptaan Adam a.s. - Siri 2


...sambungan dari Siri 1.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.” Allah S.W.T. mengkhabarkan bahawa Dia berbicara kepada malaikat dalam persoalan itu.

Kami dapat menyimpulkan bahawa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. adalah menciptakan Adam dan keturunannya. Di mana antara sesama mereka saling melantik khalifah (pemimpin). Sebagaimana difirmankan Allah S.W.T. dalam ayat, yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi.” – Surah al-An’am: 165

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di muka bumi.” – Surah al-Naml: 62


25 Julai 2013

Penciptaan Adam a.s. - Siri 1

Sejarah penciptaan manusia pertama bermula dengan penciptaan Nabi Adam a.s. Berikut merupakan beberapa nas al-Quran yang jelas mengenai penciptaan Nabi Adam a.s.:


Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30-39 bermaksud:  

30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikan Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

31. Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".